CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Feb 18, 2009

WHAT'S IN MY MIND RIGHT NOW..

sejak dari hari tu, class usul fiqh i never stop thinking tentang apa yang ustazah cakapkan. we were dicussing pasal apa yang jadi di Palestin. Kenapa kuasa-kuasa besar macam Mesir tak mampu buat apa melainkan duduk dan lihat apa yang saudara-saudara mereka terpaksa lalui.. All the violence that Israel lakukan pada Palestin, they have to suffer in order to stay in their own country. Hey, Israel jahanam tu tak sedar ke yang mereka tu hanya merempat?? They never own a country pun.. Balik pada apa yang ustazahku cakapkan.. She said, kalau kita nak tolong Palestin kita tak payah buat donation, kumpul duit, bantuan makanan and other stuff.. kenapa tidak kita beli senjata, machinegun ke bagi pada rakyat Palestin. It would be better sebab mereka dah terbiasa pada semua tu.. Sedangkan anak-anak kecil semacam tak hairan when they hold all the weapons. Seperkara lagi yang ustazahku cakapkan dan yang ini sangat berbekas sampai sekarang ; ' peperangan yang diwujudkan Israel Atas Palestin adalah berlarutan dan ianya mengambil masa yang sangat lama.. Sampai sekarang, Palestin tak pernah menang, Islam tidak menang..Tetapi, jika satu hari nanti umat Islam bersatu dan berjaya menundukkan Israel, itu bermakna dunia ini akan kiamat.. Jika Islam menang, dunia akan kiamat..' jadi?? bila fikirkan apa yang dikatakan tu, adakah kita akan terus berdoa supaya Palestin menang atau sebaliknya?sebab jika Islam menang, kita semua akan berjumpa di dunia yang lain..Which one will you chose.. Pikir la sendiri. And, one more thing, i just want to show my sympathy pada saudara yang berada di Palestin. Tak sanggup lihat setiap hari mesti ada yang terbunuh. Rasa a bit suffer juga bila tak dapat makan McD, KFC.. Tapi ini yang perlu kita lakukan dalam usaha membantu mereka. Honestly, i dont have that courage pun untuk kesana dan bantu.. Tapi kalau ada peluang apa salahnya, gugur syahid.. Jadi, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan doa pada mereka..Amin...

How to Love a girl..

Tell her how you admire her..
Always tell her that you love her at all times..
When she's upset, hold her tight..
Pick her over all the other girls you hangout with..
Play with her hair..
Pick her up, tickle her and wrestle with her..
Just talk to her, tell her jokes..
Bring her flowers just because..
Hold her hand and run, just hold her hand..
Throw pebbles at her window at night..
Let her fall asleep in tour arms..
Sing to her no matter awful you sound..
Get her mad at you, then kiss her..
Give her horsey back rides..
Push her on swings..
Tell her she looks beautiful..
When she's sad, stay on the phone with her
even if she's not saying anything..
Look into her eyes and smile..
Kiss her on her forehead..
Slow dance with her even if there is no music..
Forgive her when she make mistakes, cause everyone does..
And when you fall in love with her, tell her...
P/S: semua diatas hanya boleh dilakukan when you are MARRIED.





APA YANG AKAN TERJADI SELEPAS INI...

Isu Palestin Adalah Masalah Utama Dunia Islam
Wahai kaum Muslimin!
Umat Islam pada hari ini berdepan dengan masalah dan isu-isu yang terlalu banyak. Penindasan dan kezaliman terhadap mereka berlaku di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Masalah-masalah umat Islam yang berlaku di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan, Chehnya, Kashmir, Filipina, Indonesia dan bahkan kezaliman yang berlaku di negara jiran kamu; selatan Thailand! Masalah yang begitu banyak dan kesemua ini berpunca daripada isu yang berlaku di Palestin. Sebagai contoh, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iraq (2003) adalah demi untuk menjaga kepentingan Israel di rantau tersebut. AS mahu menjauhkan sebarang ancaman dan memelihara kedudukan sekutu-sekutu mereka di Asia Barat. AS juga membantu Israel menyerang selatan Lubnan adalah bertujuan untuk menghapuskan Hezbollah yang telah berjuang mempertahankan tanah air mereka serta menyokong perjuangan saudara-saudara Islam mereka di Palestin. Begitulah juga masalah-masalah lain yang berlaku dalam dunia Islam – asas dan puncanya adalah ‘isu Palestin’. Kerana dengan isu-isu yang lain itu juga umat Islam akan kehilangan tumpuan mereka terhadap masalah yang berlaku di Palestin. Sekiranya masalah di Palestin dapat diselesaikan, maka akan berakhirlah masalah-masalah umat Islam di negara-negara yang lain. InsyaALLAH!
Isu Palestin adalah isu akidah, yang mana umat Islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Kerana ALLAH S.W.T telah memuliakan Masjid al-Aqsa melalui firman-NYA di dalam al-Quran (maksudnya): “Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): “Janganlah kamu bersusah payah untuk pergi (bermusafir) melainkan ke tiga buah Masjid : Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjidku ini (Masjid al-Nabawi, di Madinah al-Munawwarah) ” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bumi Palestin dan Baitul-Maqdis telah diceroboh oleh tentera-tentera penjajah Zionis Israel! Masjid al-Aqsa telah dikotori dan dinajisi oleh golongan Yahudi yang melampui batas! Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam dan terletak di salah sebuah daripada tiga kota suci bagi kaum muslimin selepas Makkah dan Madinah. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya. Akan tetapi mereka semua masih ‘nyenyak’ tidur! Bangsa Arab sering mengatakan bahawa ‘kami telah kehilangan Masjid al-Aqsa..’ Saya ingin menegaskan di sini bahawa: “Masjid al-Aqsa adalah hak milik umat Islam di seluruh pelusuk dunia! Ianya bukan sahaja milik bangsa Arab atau rakyat Palestin, bahkan ianya adalah milik kamu dan sepatutnya kamu semua bertanya kepada diri kamu sendiri apakah yang telah kamu lakukan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa..? Sesungguhnya ALLAH akan menyoal kamu semua pada hari Akhirat kelak!”
Firman ALLAH S.W.T (maksudnya): “Maka apabila sampai masa janji yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.” (Surah al-Israk: 5)
ALLAH S.W.T telah menyatakan kepada kita dengan janji-NYA bahawa mereka yang mampu melakukan amanah tersebut adalah dari kalangan hamba-hamba- NYA yang gagah perkasa bukan mereka yang lemah dan mengikut telunjuk musuh-musuh serta mengikut hawa nafsu.
Jihad Adalah Penyelesaian
Wahai kaum Muslimin! Bagaimanakah dapat diselesaikan masalah umat Islam di Palestin?
Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Di antaranya ialah dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan. Bekas Presiden PLO, Yasser Arafat sebagaimana yang kamu ketahui telah mengikut jalan perdamaian ini sejak sekian lama sehinggakan beliau bersetuju untuk mengiktiraf negara haram Israel. AS dan kerajaan Israel telah menabur janji kepadanya untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka. Akan tetapi mereka telah mengkhianati dan menipunya sehinggalah ke peringkat meracuni dan membunuhnya! Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan yang lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad. Inilah jalan yang benar! Jihad adalah penyelesaian bagi masalah yang membelenggu umat Islam di Palestin!
Bagi memastikan jihad ini bertambah kuat dan berterusan sehingga ke kemuncaknya, perjuangan ini menyaksikan penglibatan daripada segenap lapisan masyarakat sama ada golongan tua dan muda, lelaki dan perempuan juga termasuk kanak-kanak. Keseluruhannya terjun ke medan jihad termasuklah kanak-kanak yang melempar batu-batu. Sememangnya dalam mengharungi perjuangan suci ini menuntut pengorbanan yang tinggi dan gugurnya para syuhada dari seluruh lapisan masyarakatnya. Dari kalangan orang-orang tua, kita telah menyaksikan contoh yang begitu bermakna dengan gugurnya Sheikh Ahmed Yassin r.h selaku pemimpin HAMAS yang dikasihi rakyat, semoga ALLAH merahmatinya dengan keagungan mati syahid. Dari kalangan orang-orang yang muda pula telah gugur syahid Dr.Abdel Aziz Rantisy r.h yang merupakan pembantu dan penggantinya. Juga telah gugur begitu ramai syuhada dari kalangan pemuda-pemudi, lelaki dan wanita, bahkan termasuk kanak-kanak yang mana telah pun kamu ketahui mengenainya.
Seperkara yang begitu mengagumkan ialah kaum ibu dan wanita turut sama bersemangat untuk melaksanakan jihad dan penentangan. Mereka tidak mahu membiarkan hanya anak-anak mereka sahaja yang mendapat syahid. Bukan sahaja golongan lelaki yang mampu untuk melakukan ‘amaliyyah istisyhadiyyah (operasi pengeboman berani mati untuk mendapatkan syahid), malah golongan wanita juga tidak ketinggalan. Pernah sekumpulan wanita dan ibu-ibu yang datang berjumpa Sheikh Ahmed Yassin r.h merayu sambil menangis teresak-esak agar mereka juga diberikan peluang untuk melakukan ‘amaliyyah istisyhadiyyah dan terkorban sebagai syuhada. Pada mulanya beliau tidak mengizinkan akan tetapi setelah melihat kesungguhan mereka, akhirnya sebahagian dari kalangan mereka diizinkan untuk berbuat demikian. Jikalau dilihat dari segi strategi, sememangnya golongan wanita lebih mudah untuk melakukan operasi pengeboman ini. Kerana tentera-tentera Israel tidak begitu mengesyaki golongan wanita untuk masuk ke kawasan awam atau tempat-tempat di mana terdapat tentera yang sedang berkawal. Maka dengan mudah mereka dapat menyelinap masuk ke tengah-tengah tentera musuh lalu meletupkan diri sekaligus membunuh ramai tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lain.
Begitulah keberanian yang ditunjukkan oleh kaum wanita. Pernah juga terjadi suatu peristiwa di mana pada suatu pagi sekumpulan tentera Israel telah datang ke sebuah rumah. Pada ketika itu hanya yang berada di rumah tersebut ialah seorang ibu dan anak-anaknya. Salah seorang tentera tersebut bertanyakan tentang suami wanita itu lalu mengugut akan menangkap anak-anaknya sekiranya ibu tadi enggan bekerjasama. Beliau mengatakan bahawa suaminya tiada di rumah. Salah seorang tentera telah mengambil cerek kecil yang sedang mendidih airnya di dalam rumah tersebut lalu mencurahkan ke atas kepala seorang anak wanita itu yang masih kecil lalu membiarkannya menangis. Kemudian mereka menangkap 3 daripada 6 orang anak-anaknya sambil mengatakan bahawa sekiranya beliau masih enggan memberitahu di manakah suami beliau berada, mereka akan datang lagi pada keesokan hari. Dengan beraninya ibu tadi menjawab: “Aku memiliki 6 orang anak. Sekiranya kamu mengambil 3 orang anak-anakku, masih ada yang lain yang masih kecil. Mereka inilah nanti yang akan membunuh kamu sekalian!”

kawan-kawanku..


ASSALAMUALAIKUM.....

Firstly, i wanna thanks to all my friends yang pernah tolong la siapkan blog ni. Walaupun its a little bit susah kan. Huhu. Tapi disebabkan ini adalah assignment so what to do.. Show s0me effort, and u'll get the marks...

Jan 21, 2009

DIPLOMA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH